BAB 4 : PEMILIHAN DAN PENYIMPANAN MAKANAN

 

PENGENALAN

Makanan adalah keperluan asas setiap makhluk yang hidup di muka bumi ini. Tetapi akhir-akhir ini makanan telah menjadi satu bidang yang boleh memberikan keuntungan yang amat lumayan. Ia telah menjadi industri yang bernilai berjuta-juta ringgit. Bidang pemakanan yang amat mementingkan citarasa pelanggan memberikan keuntungan yang amat kepada para doktor, pakar pemakanan, pakar diet dan salun-salun untuk pelangsingan badan. Ini kerana kita telah menjadikan makanan sebagai tujuan utama kita hidup. Kebanyakan kita mengamalkan budaya ‘hidup untuk makan dan bukan makan untuk hidup’.

Manusia moden masa kini mempunyai tabiat makan yang tidak seimbang dan tidak mengikut masa yang ditetapkan. Mereka akan makan tidak kira sama ada mereka lapar atau tidak disebabkan oleh tabiat. Berbanding dengan binatang yang hanya akan makan apabila lapar sahaja. Kebanyakan kita makan berlebihan daripada keperluan badan dan gagal untuk mengesan isyarat badan untuk berhenti makan. Kita akan makan berlebihan berkali ganda daripada jumlah yang diperlukan oleh tubuh jika makanan yang dimakan itu lazat..

Ungkapan “Kita akan jadi apa yang kita makan” adalah sangat tepat. Kita akan jadi tidak sihat jika kita mempunyai tabiat makan yang tidak sihat. Jika kita mengamalkan tabiat makan yang sihat dan mengikut saranan pakar nutrisi, kita akan jadi lebih sihat. Telah diketahui umum bahawa pengambilan makanan yang sedikit tidak akan membunuh tetapi sebaliknya. Makan sehingga kenyang akan memendekkan jangka hayat.

Saya menyarankan kepada pembaca semua untuk berfikir sejenak dan mengenalpasti makanan yang diambil setiap hari. Di dalam buku ini ada banyak panduan berguna untuk membantu anda kekal sihat. Ini akan membantu anda menikmati hidup yang lebih sihat dengan diet yang betul.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: